Stalker and stalker.
Secara officially hari ini aku meletak jawatan sebagai stalker. Suka dalam diam. Setelah bertahun berusaha, berdoa dan berharap agar dia untukku. Degilnya hati untuk menerima takdir yang dia sudah berpunya membuat aku bertindak sebegitu.
Selesai sahaja aku melaksanakan solat fardu zohor, aku terbaca post kawan-kawan dalam group wassap up mengenai ikhtilat/ etika pergaulan lelaki dan perempuan. Ya Allah aku tersentak, apa yang aku buat selama ini salah sebenarnya. Rupanya aku membiarkan diri mengikut bisikan syaitan. Aku menghantar pesanan peribadi (PM) dengan tujuan untuk memberi semangat dan dorongan untuknya. Setelah itu syaitan mengilham aku untuk berangan-angan mengenai dirinya.
Sedihnya. Tiada ketenangan yang aku perolehi di saat aku solat. Sukar untuk mencapai kusyuk dalam solat semenjak aku mula menulis
kata-kata semangat untuknya.
Teruknya! Solatku ibadah ku, hidup dan matiku untuk Allah!
Cukuplah... cukuplah... cukuplah. Berhenti di sini dan biarkan ia pergi. Dia pasti akan datang kepadaku andai dia tersurat untukku. Allah punyai perancangan terbaik untuk ku dan setiap mahluknya
Suka tidak beerti kita memilikinya... Suka tengok ferri, cantik, bergaya. Sekadar suka sahaja lah, tapi tidak mampu memilikinya.