Monday, 13 April 2015

Fired... as stalker

Stalker and stalker.

Secara officially hari ini aku meletak jawatan sebagai stalker. Suka dalam diam. Setelah bertahun berusaha, berdoa dan berharap agar dia untukku. Degilnya hati untuk menerima takdir yang dia sudah berpunya membuat aku bertindak sebegitu.

Selesai sahaja aku melaksanakan solat fardu zohor, aku terbaca post kawan-kawan dalam group wassap up mengenai ikhtilat/ etika pergaulan lelaki dan perempuan. Ya Allah aku tersentak, apa yang aku buat selama ini salah sebenarnya. Rupanya aku membiarkan diri mengikut bisikan syaitan. Aku menghantar pesanan peribadi (PM) dengan tujuan untuk memberi semangat dan dorongan untuknya. Setelah itu syaitan mengilham aku untuk berangan-angan mengenai dirinya.

Sedihnya. Tiada ketenangan yang aku perolehi di saat aku solat. Sukar untuk mencapai kusyuk dalam solat semenjak aku mula menulis kata-kata semangat untuknya.
 
Teruknya! Solatku ibadah ku, hidup dan matiku untuk Allah!

Cukuplah... cukuplah... cukuplah. Berhenti di sini dan biarkan ia pergi. Dia pasti akan datang kepadaku andai dia tersurat untukku. Allah punyai perancangan terbaik untuk ku dan setiap mahluknya

Suka tidak beerti kita memilikinya... Suka tengok ferri, cantik, bergaya. Sekadar suka sahaja lah, tapi tidak mampu memilikinya.

Sunday, 12 April 2015

1,2,3,4,5



You know, I really hate this teacher. Her name Cikgu masfufah. Herrgg. Menyampah dan tension sangat dengan cikgu tu. Suka cubit plus pulas dekat perut, suka rotan, berdiri atas kerusi lah, ketuk ketampi bila salah baca/eja perkataan. Yelahkan kenal ABC in proper way bila masuk darjah 1 tanpa tadika. Walaupun tak suka cikgu tu, tetap juga ke sekolah… boleh jumpa friends, makan sedap, main masa rehat. Seronok sangat dan jadi pendorong untuk ke sekolah.

Nagis2 kena denda cubit etc. Alhamdulillah masuk darjah 2 boleh membaca. Bila dah besar ni, sangat-sangat berterima kasih dan terhutang budi kepada cikgu… dengan nikmat cubit and all those things. Macam dalam lirik lagu yang camellia nanyi,

Cubalah terus mencuba
Usah... Berputus asa
Usaha terus berusaha
Pasti... Engkau berjaya

Bersusah-susah dahulu
Sememangnya hidup begitu
Akhir nanti engkau sendiri
Tegak berdiri gagah berlari

Tuesday, 24 February 2015

Ayah dan ikan



Semoga Allah panjangkan umurnya lagi bertambah amalan kebaikkannya dan sentiasa sihat.

Salah satu perkerjaan yang ayah buat dekat kampong cari ikan air tawar dengan kaedah menjala, memukat atau memancing di sekitar daerah kampong Sungai Nipah Darat di Bagan Datoh Perak. Antara ikan yang biasa ayah dapat ikan tilapia, haruan, sepat, beledo, puyu, ikan ubi dan macam-macam. Kami satu keluarga sememangnya suka ikan tilapia dan sepat, yang lain-l;ain tu kurang sikit.  dua jenis ikan ini memang mudah didapati berbanding ikan-ikan yang lain.

Bagi kami orang Kampar ni, antara hidangan yang biasa kami masak ialah ikan panggang ompe(Ikan bakar berempah), yasam (asam pedas), ompok (asam pedas kering), goring berlado (ikan masak sambal) dan masak taucu.