Tuesday, 24 February 2015
Ayah dan ikan
Semoga Allah panjangkan umurnya lagi bertambah amalan kebaikkannya dan sentiasa sihat.
Salah satu perkerjaan yang ayah buat dekat kampong cari ikan air tawar dengan kaedah menjala, memukat atau memancing di sekitar daerah kampong Sungai Nipah Darat di Bagan Datoh Perak. Antara ikan yang biasa ayah dapat ikan tilapia, haruan, sepat, beledo, puyu, ikan ubi dan macam-macam. Kami satu keluarga sememangnya suka ikan tilapia dan sepat, yang lain-l;ain tu kurang sikit. dua jenis ikan ini memang mudah didapati berbanding ikan-ikan yang lain.
Bagi kami orang Kampar ni, antara hidangan yang biasa kami masak ialah ikan panggang ompe(Ikan bakar berempah), yasam (asam pedas), ompok (asam pedas kering), goring berlado (ikan masak sambal) dan masak taucu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
